Sunday, 11 December 2011

Tatabahasa.


Nota daripada Cikgu Irmayani:
Untuk mengajar tatabahasa bagi tajuk 'Keluarga Saya', jadual seperti di atas boleh disediakan bagi memudahkan pelajar untuk mengetahui perbezaan antara dua jenis kata nama. Contoh - contoh kata nama tersebut juga boleh diambil daripada teks yang digunakan pada hari pertama bagi pengenalan topik ini. Sila lihat di teks di sini. Apabila menggunakan teks yang pernah dipelajari, murid akan berasa seronok kerana mereka boleh mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan yang akan dipelajari.

Tanggungjawab Keluarga

 
  • Ayah - Sebagai ketua keluarga


  • Ibu - Mengasuh anak - anak dengan kasih sayang


  • Anak - Belajar dengan bersungguh-sungguh

Nota daripada Cikgu Irmayani:
Apabila menerangkan tentang tanggungjawab ahli keluarga, gunakan perkataan yang mudah dan gambar yang sesuai dengan tahap murid kita. Penggunaan gambar terutamanya sangat menolong murid untuk lebih memahami pengajaran di dalam kelas. Gambar - gambar boleh diperolehi melalui carian di Google, Clipart atau di Flickr. Selamat mencuba!

Saturday, 10 December 2011

Video Keluarga Saya.



Nota daripada Cikgu Irmayani:
Video ini diperolehi daripada laman web 'YouTube'. Video ini bersesuaian dengan topik 'Keluarga Saya'. Penggunaan video ini boleh menarik minat murid untuk mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Jangan lupa menempah makmal komputer terlebih dahulu sebelum hari pengajaran untuk menggunakan LCD projektor. Selamat berhibur sambil belajar!

Keluarga Saya.

 gambar diambil daripada sini.


Ini keluarga saya.
Nama ayah saya Azhar.
Nama ibu saya Azizah.
Ayah saya bekerja sebagai seorang guru.
Ibu saya seorang suri rumah.
Saya mempunyai seorang abang.
Abang saya bernama Azlan.
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Setia.


Nota dari Cikgu Irmayani:
Teks dan gambar di atas boleh digunakan untuk mengajar topik 'Keluarga Saya'. Ayat yang digunakan mudah untuk difahami dan mempunyai kaitan dengan kehidupan murid.

Bismillah.

Selamat Datang ke blog saya.Saya, Cikgu Irmayani, adalah seorang guru Bahasa Malaysia Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Klang. Blog ini merupakan usaha bagi menyiapkan tugasan untuk unit Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya berharap agar anda semua dapat berkongsi sedikit sebanyak maklumat tentang pembelajaran di sekolah bagi memartabatkan mutu kerja kita di sekolah nanti. InsyaAllah.

 Selamat Datang!!